Wednesday, September 24, 2008

Topik 1

Pengucapan Awam

1.0 Pengenalan

  • Proses menyampaikan ucapan kepada sekumpulan orang
  • Tujuan – memaklumkan sesuatu maklumat,mempengaruhi orang dan untuk menghiburkan pendengar.
  • Pengucapan awam amat bergantung kepada lima elemen iaitu :
    • Siapakah yang mengucap?
    • Apakah perrkara yang diucapkan?
    • Kepada siapakah ucapan itu ditujukan?
    • Apakah medium yang digunakan untuk menyampaikan ucapan?
    • Aoakah kesan daripada ucapan yang disampaikan?
    • Pengucap yang baik berkeupayaan untuk menukarkan emosi pendengar.


Cara spontan
Ucapan yang dihafal

        


 

BENTUK PENGUCAPAN AWAM


 


 

Ucapan manuskrip Ucapan 'extemporaneous'

Cara spontan ucapan ini dilakukan tanpa persediaan.

Ucapan yang dihafal ucapan ditulis dan dihafal sepenuhnya.

Ucapan manuskrip ucapan yang dibaca 100% (mementingkan fakta).

Ucapan 'extemporaneous' berucap berpandukan nota yang ditulis

pada sekeping kad yang disusun mengikut

mengikut kesesuaian mesej.


 

1.2 TUJUAN PENGUCAPAN AWAM


 


Untuk memaklumkan

– pengucap memberitahu dan memaklumkan fakta atau maklumat

kepada audiens.


 

Untuk mempengaruhi audiens

– pengucap perlu mengubah fikiran audiens tentang sesuatu isu.


 

Untuk memberi inspirasi kepada audiens

– rentatan fakta yang dapat merangsang audiens mengikut jejak

langkah seseorang.


 

Untuk menghiburkan audiens

- ucapan ini mengandungi unsure-unsur atau cerita yang lucu dan

tajuk yang dipilih juga ringan


 


 


 


 


 

1.3 Jenis Ucapan

1 Ucapan pengerusi majlis

2 Ucapan perasmian

3 Ucapan penyampaian anugerah atau penghormatan

4 Ucapan penerima anugerah atau penghormatan

5 Ucapan pemujukan

6 Ucapan pemberitahuan

7 Ucapan spontan

8 Ucapan berhibur

9 Ucapan selamat datang dan meraikan kehadiran tetamu


 

1.4 PETUA PENGUCAPAN AWAM

Petua –petua tersebut disusun mengikut proses penyediaan awam,iaitu peringkat persediaan,peringkat penyampaian dan peringkat refleksi


 

1.4.1 PERINGKAT PERSEDIAAN

a) Menetapkan tujuan

- tujuan sesebuah pengucapan awam sangat penting dihalusi

sebelum sesuatu ucapan disampaikan dalam sesebuah majlis

yang dianjurkan.Misalnya, dalam majlis perasmian,jenis

pengucap awam yang sesuai ialah ucapan.


 

b) Analisis diri

- pada peringkat perancangan,pengucap perlu melakukan

analisis diri supaya akan lebih kenal kekuatan dan kelemahan

dirinya.

c) Analisis audiens

- pengucap perlu mengetahui latar belakang audiens,audiens

yang berbeza perlukan pendekatan,pilihan kata dan

penampilan yang berbeza.

d) Analisis majlis

- pengucap perlu mengetahui jenis majlis,tujuan majlis itu

diadakan,tempat majlis itu berlangsung,masa yang

diperuntukkan untuk pengucap menyampaikan pengucapan

awam dan audiens yang akan hadir dalam majlis tersebut.

Semua ini membantu kita menyampaikan pengucapan awam

dengan berkesan.

e) Menulis teks ucapan


- setelah semua yang di atas dilaksanakan,pengucap perlu

menyediakan teks yang akan disampaikan dalam majlis nanti.

Tindakan pertama yang perlu diambil oleh pengucap ialah

mengumpulkan bahan yang releven daripada pelbagai sumber

yang ada,Teks ucapan yang bermutu hanya dapat disediakan

jika pengucap memperoleh bahan yang bermutu.

-Dale dan Wolf ( 2000) menyarankan bahawa sesebuah teks

ucapan informasi harus mengandungi komponen-komponen

yang berikut.

Badan ucapan,iaitu bahagian yang sarat dengan informasi.

Untuk menulis ucapan ,pengucap perlu mahir dengan

struktur ucapan.Kahn (1991 : 497) mencadangkan beberapa

contoh bagaimana sesebuah ucapan distrukturkan.

Tajuk demi tajuk : struktur teks jenis ini memerlukan

penulis teks mengenal pasti tajuk-tajuk kecil yang

berkaitan untuk membangunkan sebuah wacana yang

bersifat koheren.

Secara geografi : struktur teks ini memerlukan penulis

mengetahui perkara yang berlaku di negara lain.Kaedah

ini sangat sesuai jika penulis bertujuan membuat

perbandingan daripada segi pencapaian,pandangan ,

bidang dan sebagainya.

Kaedah kronogi : Stuktur ini menekankan penghuraian

peristiwa yang berlaku mengikut masa..Kaedah ini sangat

sesuai digunakan dalam laporan dan taklimat.

Kaedah struktur masalah dan penyelesaian :


Struktur ini memerlukan penulis mengenal pasti atau mencipta

Masalah dan mencadangkan penyelesaiannya.Kaedah ini sangat

Sesuai untuk menghasilkan teks jenis pujukan.


 

Penutup , iaitu bahagian yang mengandungi ringkasan butiran

Utama dan kata - kata penutup yang boleh dikenang.Kata-kata

Penutup boleh dalam bentuk soalan retorikal,cerita pendek,faka

Yang mengejutkan atau kata-kata pujangga.

Pengenalan ucapan harus disediakan selepas pengucap

Menyiapkan penulisan badan dan penutup ucapan.Pengenalan

Harus mempunyai pembukaan yang menarik dan prebiu.

Pembukaan yang baik ialah pengucapan yang boleh menarik

Perhatian audiens.Prebiu terletak di bahagian awal ucapan,iaitu

Selepas pengucap memberikan kata alu-aluan kepada audiens.

Bahagian ini bertujuan memaklumkan kepada audiens tentang

Objektif pengucapan diadakan pada haari ini,tajuk ucapan dan

Struktur ucapan yang akan disampaikan.


 

f) Latihan

setelah teks siap ditulis,langkah seterus ialah melakukan

latihan berucap.Md Izuddin & Zetty Zahureen (2005) mengesyorkan

11 strategi latihan untuk memastikan pengucapan awam dapat

dijalankan dengan baik.

1) membaca ucapan yang telah ditulis secara kuat beberapa kali

2) berucap kepada satu titik pada dinding

3) Rakamkan latihan ucapan

4) Berlatih cara penyampaian di hadapan cermin

5) Berlatih di hadapan kawan atau ahli keluarga

6) Berlatih berseorangan

7) Menghafal beberapa ayat atau ungkapan yang menarik

8) Berpakaian secara selesa

9) Bersedia sepenuhnya

10) Berlatih menggunakan alat bantu

11) Berdoa


 

1.4.2 Peringkat Penyampaian

Peringkat penyampaian terbahagi kepada beberapa aspek. Persedian awal merupakan salah satu daripada usaha kita untuk memastikan perlaksanaan pengucapan awam dapat berlansung dengan lancar dan berkesan. Antara aspek berikut ialah:

  • Bersedia secara mental dan fizikal

    -Bercakap perkara yang ada mengikut pengetahuan kita.

    -Kita hendaklah berdoa sebelum memulakan ucapan dan memohon restu daripada Yang Maha Kuasa agar memberi kesan yang positif daripada segi psikologi.

  • Tunjukkan keyakinan semasa berdiri untuk berucap

    - Sentiasa dalam keadaan rileks untuk menghadapi situasi kegugupan, gelisah, gopoh, dan kelam kabut.

    - Jangan memulakan pengucapan dengan melihat nota sebaliknya memandang kepada audien terutamanya pada permulaan pengucapan.

  • Berucap dengan audien bukan kepada audien. Jangan terlalu bergantung dengan bahasa teks kerana untuk mengelakkan pengucapan menjadi kaku kerana lenggok bahasa yang digunakan dalam teks ialah bahasa surat. Sebaik-baiknya dalam menyampaikan maklumat tersebut pengucap menggunakan kaedah berbual dengan audiens. Pada tempat-tempt yang sesuai, gunakan bahasa badan bagi menyokong sesuatu maksud yang kabur. Malah
  • Kekalkan konteks mata dengan audiens kerana konteks mata memainkan peranan yang sangat penting dalam komunikasi.
  • Pengucap boleh merujuk nota sekali sekala sambil berucap dengan audiens. Selain itu, pengucap yang berpengalaman hanya menggunakan nota kecil bagi mencatat isi penting yang hendak disampaikan.
  • Pengucap perlu mengawal bahasa dan nada suara ketika berucap. Pengucap juga digalakan menggunakan peribahasa yang menggunakan gaya bahasa yang sopan, mudah difahami dan menarik. Pengucap yang mahir pandai mengayakan intonasi marah apabila membaca teks beremosi marah dan menggayakan intonasi sedih apabila membaca teks beremosi sedih atau sayu.
  • Gunakan bahasa badan yang sesuai mengikut masa dan tempat ketika berucap. Gunakanlah bahasa badan pada tempat-tempat yang penting dalam ucapan sperti untuk memberi penekanan kepada sesuatu isu, mengulang ungkapan penting atau membuat peralihan isi.
  • Disamping itu, berjenaka merupakan senjata yang ampuh untuk menarik perhatian audien. Namun, pengucap perlu berhati-hati supaya jenaka yang dilakukan tidak sampai menjatuhkan meruah seseorang. Ramai pengucap awam menyelitkan jenaka dalam ucapan mereka untuk menghidupkan majlis. Tapi awas, penggunaan jenka yang tidak terancang juga boleh menjatuhkan kredibiliti seseorang.
  • Selepas habis berucap. Pengucapan hendaklah beredar dengan sopan. Perkara yang kerap dilakukan oleh pengucap sebelum meninggalkan majlis ialah dengan mengucapkan terima kasih kepada audien kerana sudi mendengar dengan sabar serta memohon maaf atas agala kesilapan yang telah disengajakan. Serentak dengan itu, pengucap hendaklah menunjukkan muka yang manis.


     

1.5 GANGGUAN EMOSI

Bagi setip pengucap pasti mengalami masalah ketika permulaan pengucapan. Perkara yang sering menjadi masalah ialah gangguan emosi yang sering menghantui mereka ketika hendak berucap. Antara tanda-tanda sesorang yang berada dalam gangguan emosi, iaitu

  • Berpeluh
  • Terasa tertekan
  • Tidak berupaya bercakap dengan jelas
  • Sesak nafas
  • Sukar untuk membuat lawak
  • Mata suka memandang ke bawah
  • Nafas agak kencang
  • Terasa hendak membuang air kencing
  • Sukar hendak berdiri tegap
  • Lutut menggeletar
  • Muka kemerah-merahan


 


 

1.6 ETIKET DALM PENGUCAPAN AWAM

Etiket bermaksud melakukan sesuatu dengan betul, kena masa dan tempatnya. Untuk menjadi pengucapan awam yang sering menjadi tumpuan orang ramai kita harus menjaga tutur kata dan gerak laku. Seandainya kita tidak mempraktikkan hal tersebut kita akan ditempelak dan dikenang sampai bila-bila. Antara etiket yang perlu ada dalam seorang pengucap awam ialah:

  • Pengucap hendaklah datang tepat pada masanya
  • Sebagai seorang pengucap, kita hendaklah berucap dalam masa yang ditentukan kerana ia akan menjejaskan perjalanan yang telah diatur.
  • Selain itu, seorang pengucap perlulah menjaga penampilan diri baik dari segi aspek pakaian. Pakaian yang digunakan haruslah bersesuai dengan majlis yang dihadiri.


 


 


 

1.7 ETIKA PENGUCAPAN AWAM

Etika dalam komunikasi berkait rapat dengan darjah betul atau salahnya sesuatu perlakuan manusia. Dalam pengucapan awam, terdapat beberapa perkara yang diberi perhatian dalam menjaga etika yang betul antaranya ialah:


 

  • Kejujuran

    Sikap jujur yang ditunjukkan oleh pengucap terhadap penjelasan fakta yang disampaikan. Segala fakta yang dibawa perlu dijelaskan sumbernya dan jangan pula menjelaskan hasil kajian orang lain sebagai hasil kajian diri sendiri.

  • Menyimpan Maklumat

    - Untuk tidak menimbulkan keraguan kepada audien, seorang pengucap awam tidak harus menyorokkan maklumat yang sebenar kepada audiens walaupun ia dapat menyokong hujahnya. Ini bertujuan bagi mengelakkan pengucap akan dicap sebagai berat sebelah dalam pengucapannya dan mesej yang hendak disampaikan kepada audiens akan disalah tafsir.

  • Kepuasan Pendengar

    -Pengucap perlu menyampaikan dan menjelaskan idea berasaskan topik yang ucapan yang telah ditetapkan. Namun begitu, kadangkala apa yang disediakan tidak dapat diterima oleh audiens walupun perkara yang disampaikan itu adalah perkara yang benar. Akibatnya, pengucap perlu menyorokkan maklumat yang sebenar dan bercakap mengikut lenggok audiens. Melalui cara tersebut mungkin pengucap tersebut akan menjadi popular dalam masa yang singkat namun daripada segi etika pengucapan awam kita tidak boleh melakukan kesalahan.


     

  • Ketepatan

-Aspek ketepatan ini selari dengan aspek kejujuran.Maklumat yang diberi mesti tepat dan tidak boleh sengaja menukar sesuatu kenyataan tujuan tertentu.Hal ini bercanggah daripada segi etika pengucapan awam .Perbuatan ini berlaku kerana pengucap awam tersebut mempunyai kepentingan diri dan lambat-laun tembelang beliau akan diketahui juga.Oleh itu,janganlah kita menyalahgunakan keistimewaan yang kita peroleh.

1.8 Penutup

Pengucapan awam merupakan kemahiran yang perlu dipelajari dan dilatih . Walaupun terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa semacam ada pertalian antara baka dengan kemahiran pengucapan awam ,itu hanya persepsi.Barangkali dalam proses membina kemahiran tersebut,seseorang pengucapan awam meniru orang yang berpengalaman , dan diikuti dengan sesi latihan secara individu.Hakikatnya,meniru dan berlatih merupakan proses belajar . Kedua-duanya penting dalam pengucapan awam.

No comments: