Wednesday, September 24, 2008

Topik 4


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

  • Penulisan ilmiah membawa maksud yang sama dengan akademik.
  • Penulisan ilmiah merujuk kepada perkara-perkara yang terbahagi dengan maklumat dan data.
  • Istilah lain selain penulisan ilmiah ialah penulisan bermaklumat, penulisan saintifik, penulisan akademik dan penulisan deskriptif (Mohd. Azhar Abd. Hamid, Halimah Ma'alip, Mohd. Sofri Ibrahim, Paiman Atoma, Sanitah Mohd. Yusof, Yusof Boon, etc al., 2001: 19).


     


     


 

  • Penulisan ilmiah mempunyai perbezaan ketara antara satu satu dengan yang lain.
  • Perbezaan ini berlaku disebabkan oleh cirri-ciri khusus.
  • Antara ciri-cirinya ialah :    - Jumlah perkataan dan helaian muka surat.

    - Objektif penulisan.

    - Tempoh masa menulis teks.

    - Jenis khalayak.

    - Status penulis.

    - Nilai kandungan.

  • Berdasarkan cirri-ciri di atas, terdapat empat jenis penulisan ilmiah yang utama iaitu :    - Esei ilmiah

    - Tesis

    - Disertasi

    - Buku ilmiah


 


  •  
  • Dikenali juga sebagai kertas kerja ilmiah atau esei panjang.
  • Sesetengah esei ilmiah panjangnya hanya empat hingga lima muka surat.
  • Sesetengah yang lain pula ditulis mengikut jumlah perkataan : 1000 – 2500 patah perkataan.
  • Esei ilmiah boleh diterbitkan dalam jurnal, bulletin atau prosiding persidangan.


 


  •  
  • Penulisan ilmiah yang bersifat lebih mendalam.
  • Memerlukan pengujian hipotesis untuk membuktikan kebenaran.
  • Melakukan kajian atau penyelidikan tentang tajuk yang diperoleh.
  • Perlu dipertahankan dihadapan panel viva voce.


     


     


  •  
  • Penulisan ilmiah tahap tinggi dalam peringkat pencapaian akademik.
  • Ditulis untuk mendapatkan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
  • Dapatan daripada penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci.
  • Perlu dibentang dan dipertahankan oleh dihadapan panel atau lembaga iaitu viva voce.


 


  •  
  • Satu genre yang penting dalam peringkat ilmu di institusi pengajian tinggi.
  • Peraturan menulis kandungan sesebuah bukku haruslah mengikut piawaian.
  • Terdapat perbezaan dari segi produser penerbitan penerbit-penerbit tertentu.
  • Perbezaan dari segi layout dan fizikal sesebuah buku sahaja.


 


 

  • Menyampaikan fakta secara sistematik.

    (penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian sendiri)

  • Tidak berpihak pada mana-mana pihak dan penulis tidak bersifat prejudis. (contoh : jika mendapat tajuk tentang politik, penulis tidak berpihak pada mana-mana parti tersebut)
  • Penulisan ilmiah bersifat sistematik. Penulisannya secara teratur.
  • Penulisan ilmiah tidak bersifat emosional.
  • Penulisan ilmiah tidak bersifat persuatif. Bukan melalui percanggahan pendapat atau protes tetapi melalui fakta yang berdiri sendiri.
  • Sumber maklumat yang diperoleh adalah sahih.
  • Penulisan ilmiah ialah satu laporan
  • Penulisan ilmiah mesti merujuk karya terbitan sebelumnya.
  • Penulisan ilmiah mempunyai format yang standart dari segi kandungan teks, kutipan, rujukan, dan elemen-elemen mekanis penulisan berformat.
  • Penulisan ilmiah tersedia kepada komuniti ilmiah tanpa sebarang sekatan.


 


 

  • Gaya penulisan ilmiah :    - American Psychological Association (APA)

    -Modern Language Association of American (MLA)

    - Chicago

    - Gaya Dewan


     

  • American Psychological Association (APA) :
    • Digunakan secara meluas dalam bidang sains sosial.
    • UPSI menggunakan gaya APA (pendidik).
    • Memberi penekanan tentang tajuk dan susunannya, format penulisan dan kaedah penulisan kutipan dan bibliografi.
    • Selain itu, pemaparan jadual, penomboran, nota kaki dan lampiran juga turut dititikberatkan.
    • Gaya APA secara terperinci ada dalam buku The APA Publication Manual.


     

  • Modern Language Association of American (MLA) :
    • Gaya penulisan ilmiah yang digunakan dengan meluas di Amerika, Kanada dan negara-negara lain.
    • Untuk penulisan dan penyelidikan dalam bidang kemanusiaan, terutamanya pengajian Bahasa Inggeris, bahasa-bahasa moden dan kesusasteraan.
    • Keterangan lanjut tentang gaya MLA adalah melalui buku MLA Style Manual (1985).


     

  • Chicago :
    • Gaya penulisan Chicago yang dibincangkan secara terperinci dalam The Chicago Manual of Style.
    • Sistem pendokumentasian yang asas, gaya kemanusiaan (nota dan bibliografi) dan gaya penulis-tarikh.
    • Gaya kemanusiaan ialah bidang kesusasteraan sejarah dan kesenian.
    • Gaya penulis-tarikh digunakan dalam bidang sains sosial.


     

  • Gaya Dewan :
    • Digunakan secara khas oleh Dewan Bahasa danPustaka.
    • Panduan yang digunakan dalam buku ini merangkumi keseluruhan, perkara yang perlu diberi perhatian dalam penulisan, seperti bahagian awalan, bahan teks dan bahan akhiran.


 


 

  • Kertas kerja persidangan atau seminar
  • Kertas kerja projek / kajian    
  • Laporan    
  • Tesis / Latihan ilmiah


     


     


     


 


  •  
  • Skop / ruang lingkup
    • Ruang lingkup digunakan untuk menentukan had kepanjangan sesuatu penulisan dan skop yang hendak diliputi oleh penulisnya.
    • Ruang lingkup lebih fokus kepada aspek yang hendak dibincangkan.
    • Dapat menentukan tajuk penulisan dan perincian tajuk yang selanjutnya.


     

  • Batasan perkataan dan ayat
    • Penggunaan perkataan dan ayat yang ringkas, jelas dan padat dapat melahirkan penulisan yang ekonomis serta mudah difahami.
    • Tahap kesenangan dan kesushan teks bergantung pada panjang pendek ayat yang digunakan.


     

  • Golongan sasaran
    • Audiens terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, berlatarbelakangkan pendidikan dan taraf hidup yang berbeza.
    • Penggunaan laras bahasa yang sesuai harus digunakan mengikut jenis audients.


     


  •  
  • Pemilihan tajuk yang sesuai dapat membantu pelajar mengumpul data da maklumat yang tepat bagi menyelesaikan persoalan bagi sesuatu tajuk yang hendak dibincangkan.
  • Penulisan tajuk hendaklah ringkas, jelas dan tepat (tidak melebihi 15 patah perkataan).
  • Contoh : Keberkesanan Pertubuhan Bukan Kerajaan.


 


  •  
  • Kertas kerja projek atau kajian :    - Pengenalan

    - Tajuk

    - Rasional

    - Objektif / matlamat

    - Jangka masa yang diperlukan

    - Kumpulan sasaran

    - Andaian masalah yang dihadapi semasa

    menjalankan kajian

    -Sumber kewangan


     


     

Contoh mengungkap idea dalam laporan kajian

Terdapat dua jenis pengungkapan idea dalam laporan

  • Ungkapan penemuan
  • Ungkapan perakuan


 

Ungkapan penemuan:

Ungkapan penemuan menyatakan apa yang ditemui atau diperolehi oleh pengkaji yang menjalankan kajian. Bagaimanapun, ungkapannya sama sekali tidak menunjukkan penggunaan kata kunci temui atau peroleh, tetapi menggunakan kata kunci didapati, adalah didapati.

Ungkapan perakuan:

Penggunaan diperakukan biasanya digunakan dalam bahan laporan kajian. Bentuk pasif diperakukan adalah disebabkan perakuan-perakuan dalam ayat pasif. Ayat pasif tidak memerlukan pewujudan subjek atau pelaku.

Ayat aktif mendapat bentuknya itu disebabkan adanya subjek dan pelaku. Biasanya kata kunci diperakukan selalunya didahului oleh perkataan adalah, akan menghasilkan adalah diperakukan. Penggunaan kata kunci adalah diperakukan atau adalah juga diperakukan itu akan memberi cirri khusus kepada bahasa laporan.


 


Contoh mengungkap idea dalam penulisan saintifik

Terbahagi kepada dua pendekatan atau kaedah iaitu Ungkapan epistemic dan operasional.

Ungkapan epistemic

  • Pendekatan atau kaedah

- Penggolongan yang menggunakan cirri-ciri fizikal itu merupakan golongan ras.

- Contoh:

Dengan penjelasan mengenai konsep kebudayaan itu, dapatlah dikatakan bahawa cara hidup orang melayu dalam perlembagaan ialah sikap, tingkah laku dan pandangan hidup yang halus.


 

  • Menjelaskan makna atau tujuan

- Ungkapan ini menyatakan contoh seperti yang berikut:

Kawasan bukan tradisional pula ialah kawasan yang wujud akibat migrasi orang dari kawasan tradisional. Ini bermakna bahawa kawasan bukan trdisional terletak di kota.


 

  • Mengandaikan

- Contoh penggunaan ungkapan ini ialah:


Jelaslah bahawa cerita-cerita itu jelas dapat digunakan sebagai analisis.


 

  • Kepastian atau keyakinan

-Kajian ini dijalankan untuk melihat kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan penutur bukan Melayu.


 

  • Ungkapan operasional

- Ungkapan operasiaonal dalam penulisan teks saintifik pula menggambarkan langkah-

langkah yang diambil ketika menjalankan penyelidikan. Kata kunci yang digunakan

seperti dilakukan, dijalankan, dicadangkan, dan lain-lain. Contoh ungkapan operasional adalah seperti berikut:


 

  • Soal- selidik dihadkan kepada mereka yang menetap dalam komuniti penutur bukan Melayu sahaja.
  • Dalam Bab 1, sudah dinyatakan tentang factor - factor asas dalam membezakan kategori penutur asli.


 


 

  • Dalam unit ini, rujukan yang akan dihuraikan merujuk pada kaedah menulis kutipan. Manakala bahan rujukan pula merujuk pada kaedah penulisan nota kaki dan juga senarai rujukan.


 


 

  • Penggunaan rujukan atau penyisipan kutipan oleh penulis adalah untuk mengemukakan fakta dan menyokong hujah- hujah.
  • Sumber sesuatu data dimuatkan dalam teks agar maklumat yang digunakan oleh penyelidik itu boleh dipertanggungjawabkan.
  • Terbahagi kepada dua kaedah iaitu kaedah petikan langsung dan tidak langsung.

Petikan / Kutipan langsung

  • Merupakan petikan yang diambil sepenuhnya tanpa melakukan sebarang perubahan, khususnya pada perkataan-perkataan asal rujukan itu.
  • Biasanya, kutipan langsung ditulis dalam satu baris. Jika kutipan lebih daripada satu baris sesuatu rujukan itu hendaklah diindentkan. Selain itu, nama pengarang dan tahun diterbitkan karya itu mesti disertakan.
  • Jikalau nama pengarang merupakan sebahagian daripada ayat, maka tahun karya tersebut diterbitkan hendaklah diletakkan di dalam kurungan.
  • Sebaliknya jika nama pengarang bukan sebahagian daripada ayat, maka nama pengarang dan tahun terbitan diletakkan di dalam kurungan.
  • Jika merujuk sesuatu karya yang ditulis oleh dua orang, maka kedua-dua nama pengarang itu hendaklah ditulis.
  • Jika merujuk sesuatu karya yang ditulis oleh tiga orang atau lebih, maka nama pengarang pertama itu hendaklah diikuti dengan et al . Tetapi dalam bibliografi, semua nama pengarang hendaklah dinyatakan.
  • Yang berikut merupakan beberapa kaedah yang digunakan dalam pendokumentasian.:
  • Menggunakan petikan yang memerikan atau membincangkan penulisan atau kata- kata oleh seorang penulis atau penulis lain.
  • Petikan yang menyampaikan maklumat atau pendapat bagi menambahkan maklumat yang sedia ada. Pemaparannya perlu memperlihatkan kesinambungan idea penulis.
  • Sekiranya terdapat persetujuan pendapat dalam beberapa karya, perlu menggunakan frasa yang menunjukkan persetujuan pendapat itu.
  • Perlu menggunakan frasa yang menunjukkan keadaan bertentangan sekiranya terdapat percanggahan pendapat.
  • Menggunakan kaedah penyisipan petikan langsung ke dalam teks.

Petikan / Kutipan tidak langsung

  • Merupakan petikan sesuatu idea orang yang terlebih dahulu diolah menurut perkataan sendiri.
  • Pendokumentasian seperti ini tidak memerlukan penggunaan nota kaki.
  • Bahkan mengikut trend sekarang, nota kaki hanya digunakan untuk membuat penerangan lanjut tentang sesuatu konsep, idea atau istilah, dan bukan untuk pendokumentasian.

Kaedah penulisan nota kaki

  • Dalam penulisan ilmiah, nota kaki amat diperlukan untuk memberi maklumat tentang asal-usul sumber yang boleh dirujuk.
  • Fungsi nota kaki
    • Untuk memberikan maklumat lengkap tentang sumber yang telah dirujuk seperti buku, majalah, tesis, makalah dan bahan dari internet.
    • Termasuklah nama penulis, judul buku, jurnal, nama penerbit, tahun terbit, tempat terbit dan halaman.
    • Untuk membuat rujukan silang. Tujuannya memaklumkan pembaca bahawa :
      • perkara sama yang dibincangkan dalam halaman atau bab lain dalam bahan rujukan yang sama.
  • Untuk memberi komen atau cadangan.
  • Untuk memberikan rujukan tambahan tentang isu yang dibincangkan dalam teks.
  • Untuk memindahkan petikan langsung daripada bahagian teks kepada bahagian nota kaki. Ini dilakukan untuk mengelakkan gangguan penceritaan dalam teks penulisan ilmiah.
  • Untuk penghargaan kepada penulis dan sumberyang dirujuk.


 


 

  • Penulisan nota kaki merangkumi pelbagai cara. Kaedah yang ingin diperkenalkan dalam unit ini ialah The Chicago Manual Style, American Psychological Association (APA) dan Modern Language Association of America (MLA) dan Gaya Dewan.     
  • Nota kaki The Chicago Manual Style
  • Menggunakan dua kaedah penulisan yang utama. Pertama, dikenali nota dan bibliografi. Nota kaki diletakkan dalam teks selepas sesuatu kenyataan dan nombor secara turutan dan ditempatkan di kaki halaman buku yang dikenali sebagai nota kaki. Juga boleh ditempatkan pada akhir penulisan yang dikenali sebagai nota hujung.
    • Nota kaki ditulis dengan nama penuh pengarang
  • Bahan yang telah diterbitkan digaris atau diitalikkan
  • Diletakkan pada bahagian akhir setiap halaman
  • Disusun mengikut nombor
  • Dimulai agak ke dalam sedikit seperti mana penulisan perenggan
  • Kebanyakkan maklumat nota kaki dipisahkan oleh koma kecuali maklumat tentang penerbitan yang dinyatakan dalam kurungan
  • Nota kaki ditulis dalam langkau satu baris, tetapi antara teks dilangkau dua baris
  • Bagi catatan nota hujung, perlu ditulis dengan langkau dua baris
  • Tiada penggunaan singkatan seperti op.cit., dan loc.cit.


 

  • Nota kaki American Psychological Association (APA)
  • Dalam menulis maklumat tentang rujukan, penulis hanya perlu menyatakan nama keluarga pengarang, tahun penerbitan dan halaman buku dalam kurungan.
  • Menurut Sufean Hussin, 1985, hlm. 66-67, penekanan hanya pada nama keluarga pengarang, tahun terbit dan halaman buku. Maklumat lengkap setiap sumber yang dirujuk dalam teks diberikan dalam senarai bibliografi yang perlu disusun mengikut abjad dan nama keluarga.
  • Nota kaki dalam gaya APA ini boleh memberikan rujukan tambahan tentang isu yang dibincangkan dalam teks. Nota kaki disebut sebagai nota dan ditulis pada bahagian akhir penulisan sebelum menyenaraikan bibliografi. Ditulis langkau dua baris dan ayat pertama dimulakan sebagai perenggan dengan lima ketikan ke dalam dari sebelah kiri.


     

KAEDAH PENULISAN BIBLIOGRAFI


 


 

KAEDAH PENULISAN BIBLIOGRAFI


 


 


 

Nota kaki Mordern Language Association of America (MLA)

gaya MLA ini agak jarang digunakan dalam bidang saing social kerana ianya memerlukan sesuatu petikan disusuli oleh pengarangnya yang membuat kenyatan tersebut. Petikan tersebut perlulah berakhir dengan nombor halaman yang dinyatakan dalam kurungan. Sumber yang lengkap tentang tajuk buku, tempat terbit dan penerbit boleh didapati pada bahagian bibliografi. Menurut Lester, 1987, hlm. 108, biasanya gaya ini hanya membenarkan pengunaan nota kaki jika ia bertujuan untuk membuat huraian kandungan (content foot notes).

Contoh gaya MLA ialah seperti berikut:

Pedagang negeri dikenali sebagai pedagang persendirian dan misi mereka biasanya menjalankan perdagangan di semenanjung Tanah Melayu, dalam persisiran Selat Melaka. Antara pedagang negeri yang termasyur pada tahun-tahun 1511 ialah sir Ferrot Miles, Sir Thomas Aktinson dan Lady Guillmard yang datang ke Tanah Melayu melalui kapal terbang.


 


 


 


 


 

d) Nota Kaki Gaya Dewan

dianjurkan oleh Dewan Bahasan dan Pustaka,kaedah ini memerlukan jenis penulisan kaedah Penulis-tarikh,tarikh penerbit bahan dan halaman rujukan dalam tanda kurung. Untuk maklumat lengkap tentang sumber rujukan berkenaan penyelidik perlu menyemak senarai bibliografi dan memperkembangkan idea dengan membuat rujukan silang contohnya:

  • Sebahagian besar daripada maklumat buku dipisahkan oleh tanda titik dan noktah bertindih
  • Pengarang yang menghasilkan dua buah buku pada tahun yang sama akan diulang dengan tahun penerbitan---a,b dan seterusnya.
  • Tajuk tesis dan kesemua rujukan yang telah diterbitkan akan digaris
  • Bagi artikal , jurnal dan tesis, perlu dinyatakan halamannya


 

Contoh penulisan bibliografi APA ialah:

Panduan Penulisan Bibliografi Gaya UPSI (American Psikologi Association "APA")

Rujukan atau bobliografi perlu dimulakan pada muka surat baharu,ditulis mengunakan saiz 12 huruf Times New Roman, disusun secara urutan abjad berasaskan abjad pertama nama penulis, perlu ditaip tanpa langkauan (single spacing) dan santak kiri dan kanan (justify)


 

  1. Buku
  • Seorang penulis

Asmah Haji Omar (2002). Setia dan santun bahasa. Tanjung Malim: penerbit Unuiveriti Pendidikan Sultan Idris. 


 


 

  • Seorang penolis dan beberapa buah buku yang digunakan mestilah disusun secara kronologi iaitu mengikut tahun

Abdullah Hassan (1974). The morphology of Malay. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 

Abdullah Hassan (1992). Rencana Lingustik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka 


 

  • Seorang penulis dan buku yang diterbitkannya adalah pada tahun yang sama yang digunakan sebagai rujukan perlulah disusun mengikut tajukbuku yang mengikut abjad dan dilebelkan dengan huruf a,b,c dan seterusnya pada tahun seperti berikut :

Gumperz, J. (1982a). discourse strategies. Cambridge : Cambridge

University Press.

Gumperz, J. (1982). Language and social identity.Cambridge: Cambridge

University Press.  


 


 

  • Dua orang penulis

Sulaiman Masri dan Razali Ayob (2002). Komunikasi kewartawanan . Kuala Lumpur : Utusan Publication.


 

  • Tiga hingga enamoring penulis

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood (1996) Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.  


 

  • Lebih daripada enam orang penulis

Abu Hassan Abdul, Ahmad Khair Mohd . Nor,Hamid Awang, Husna

Faredza Mohd Redzwan, Idris Mohd Radzi, Khairul Azam Bahari,

Et al.(2003). Bahasa Melayu Profesional. Kuala Lumpur : Cetakrapi Sdn.Bhd 


 

  • Buku yang diedit

Davis, S. (Ed.). (1991). Pragmatic. Oxford: Oxford University Press.


 

  • Buku yang diterjemah

Palmer, F.R., (1989). Semantik (Abdullah Hassan, terjemah ).Pulau

Pinang: Univertity Sains Malaysia. (Karya asli diterbitkan 1976)  


 

Rujukan tersebut bermaksud karya asal yang terkah diterjemahkan dan diterbitkan pada tahun 1976 dan ditulis oleh Palmer, F.R. buku itu diterjemahkan oleh Abdullah Hassan yang bertajuk Semantik dan diterbitkan pada tahun 1989 oleh Universiti Sains Malaysia

  • Buku keluaran institusi atau organisasi

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 5. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.


 

  • Artikal atau bab yang ditulis oleh seseorang dalam buku yang diedit oleh orang lain.

Barliey, K (1983). Competitiveness and anexiety in adult second language learning: Looking at and through the diary studies. Dalam Seliger, H.& Long, M.(Ed.) Clasroom oriented research in second language acquisition (m.s. 67-103). Rowley: Newbury House.


 


 

  1. Artikal dalam Jurnal

Hassan Ahmad (1999). Dasar bahasa dan pembangunan Negara di Malaysia

Dalam Dewan Bahasa, 43(9), 783-797 

    Rujukan tersebut bermaksud artikal ini ditulis oleh Hassan Ahmad yang terdapat dalam jurnal Dewan Bahasa Dan Pustaka jilit 43 bulan September pada muka surat 783 hingga 797.


 

  1. Artikal dalam jurnal elektronik

Kerin, J. (2000). Doctors from teen novel approach[Elektronoc Version]. The

Australian, 4. Diperoleh pada November 20,2001 daripada

http://www.theaustralian.com.au


 

  1. Artikal daripada internet tetapi bukan daripada jurnal elektronik

Sinclair ,J.M. (1996). Preliminary Recommendations on Corpus

Typology. Diperoleh pada Ogos 18, 2004 daripada

http://www.ilc.cnr.it/EAGLES96/texttyp.html 

Jika tiada penulis

Creative thingking (2004). Diperoleh pada Ogos 20, 2004 daripada http://www.virtualsalt.com/crebook2/html 


 


 


 

  1. Artikal dalam akbar

Fazli Abdullah (2005,April 5). Boleh ambil pekerja asing. Berita harian, 1 & 8

Jika tiada penulis

Boleh ambil pekerja asing. (2005,April 5).Berita Harian 1 & 8  


 

  1. Artikal dalam majalah bulanan

Zaidi Mohamad (2001,jun). Kecemerlangan Akedemik. Dunia Pendidikan,17-20 


 

  1. Artikal dalam majalah mingguan

Vygotsky, L. (2002, Ogos 4). Mind in Society.Newsweek,100,76-80 


 

  1. Tesis atau Disertasi

Mohd. Ra'in Shaari (2003). Perlaku morfo-sintaksis imbuhan meN-kan: analisis data korpus berkomputer. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia


 

  1. Prosiding Persidangan

Seri Lanang Jaya Haji Rohani (2004) memberikan pendapat yang bernas sebagai

Sumbangan dalam perbingcangan . Dalam prosiding Seminar Mengajar dan

Bahasa Melayu Taksiran Sukatan Pelajaran Baharu UniversitinPendidikan

Sultan Idris (m.s. 69-78). Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan

Idris 

No comments: