Wednesday, September 24, 2008

Topik 9

TOPIK 9 – PENILAIAN DAN PENDOKUMENTASIAN PROJEK ILMIAH

9.0 PENGENALAN

  • Penilaian dan pendokumentasian perlu dilaksanakan agar projek ilmiah yang dihasilkan dapat ditentukan tahap kualiti serta menjadi rujukan pada masa akan datang.
  • Penilaian merujuk kepada aktiviti menilai prestasi sesuatu projek ilmiah, dikenali sebagai 'impact assesment'.
  • Persembahan projek ilmiah perlu dinilai secara berterusan untuk menilai sejauh mana pelajar mencapai objektif pembelajaran.
  • Dua aspek utama yang dinilai ialah hasil projek dan pendokumentasian projek.
  • Pendokumentasian pula merupakan usaha yang melibatkan kegiatan atau proses mendokumentasi (mengumpul, menyusun, merakam, dan sebagainya).
  • Dokumen adalah suatu catatan yang dapat dibuktikan atau dijadikan bukti dalam persoalan hukum.
  • Pendokumentasian adalah pekerjaan mencatat atau merakam peristiwa dan objek mahupun aktiviti pemberian jasa yang dianggap berharga dan penting.


9.1 PENILAIAN

9.1.1 Penilaian Pelajar

  • Mempunyai dua tujuan utama iaitu pertama, supaya pelajar berfikir mengenai proses yang meraka lalui semasa melaksanakan projek ilmiah.
  • Mengambil masa memikirkan apa yang mereka pelajari.
  • Pelajar perlu mentafsir dan menganalisis prosedur kerja perlaksanaan projek dalam proses pembelajaran mereka.
  • Menilai hasil akhir atas kriteria yang khusus.
  • Penilaian ini seharusnya mampu memotivasikan pelajar ke arah bagaimana proses seterusnya dipertingkatkan.
  • Supaya dapat menambahkan kefahaman mereka dan memungkinkan kriteria baru bagi proses menilai dibangunkan.
  • Tujuan yang kedua, membantu guru dengan penilaian secara individu.
  • Guru menilai proses dan produk yang dihasilkan oleh pelajar tapi hasil projek menjadi hasil kerja kumpulan.
  • Penilaian secara mungkin tidak berfaedah kerana kolaborasi menjadi aspek penting bagi kualiti kerja yang dijalankan seseorang.
  • Sukar menentukan sumbangan individu secara khusus dalam projek tersebut.
  • Penilaian dibuat berdasarkan kriteria yang telah dimaklumkan disamping melibatkan kriteria tambahan yanh dikembangkan semasa perjalanan projek tersebut.
  • Permulaan sesi penilaian adalah dengan mengadakan perbincangan di dalam kelas secara menyeluruh melibatkan penjelasan awal.
  • Proses ini seharusnya menggalakkan pelajar berfikir mengenai isu yang timbul serta mengingatkan mereka beberapa aspek yang mungkin terlupa.
  • Dalam kumpulan besar sukar mempunyai peluang untuk bercakap serta untuk menilai para pelajar dalam keadaan seperti ini.
  • Kaedah tersebut penting sebelum penilaian bertulis diadakan.
  • Perbincangan terbuka membantu pelajar melihat proses menilai untuk memikirkan semula apa yang telah dipelajari dan bagaimana mereka mempelajarinya.
  • Guru juga dapat menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar.


9.1.2 Penilaian Guru

  • Cara guru menilai adalah selaras dengan kriteria yang dinilai oleh para pelajar sebagaimana yang telah ditetapkan.
  • Tetapi guru boleh menambahkan cirri-ciri lainyang tidak diberi perhatian oleh pelajar jika ada.
  • Dua perkara yang perlu dinilai di dalam projek ini, iaitu:
  1. Proses menghasilkan projek ilmiah.
  2. Hasil iaitu persembahan projek ilmiah.

9.1.2.1 Menilai Proses

Tiga perkara yang dinilai, iaitu:

  1. Audiens dan interaktiviti

    Ciri-ciri penilaian projek perlu mengambil kira dari aspek:

  • Memahami bentuk karya yang diperlukan oleh audiens.
  • Pengetahuan mengenai tujuan menghasilkan projek.
  • Berupaya menyepadukan elemen-elemen interaktif ke dalam projek persembahan.
  1. Reka bentuk dan koleksi data

    Kualiti karya, penulisan, bunyi, dan animasi perlu mengambil kira dalam sesuatu persembahan projek ilmiah. Beberapa ciri penilaian yang berguna ialah:

  • Mampu mengumpul maklumat yang autentik.
  • Mampu menjana idea yang baik.
  • Mampu menghasilkan kerja yang berkualiti dalam pelbagai bentuk persembahan.
  1. Kerja berpasukan

    Antara ciri yang akan dinilai antaranya ialah:

  • Turut serta apabila berbincang dalam kumpulan.
  • Bekerjasama dengan orang lain.
  • Berbahas atau berhujah.
  • Mendengar pendapat orang lain.
  • Berkongsi idea yang bernas.
  • Member kritikan yang membina.


9.1.2.2 Menilai Hasil Projek

Dalam membuat penilaian, guru boleh mengemukakan beberapa persoalan:

  1. Adakah hasik projek ini member hasil sebagaimana yang dikehendaki?
  2. Adakah hasil projek dipersembahkan kepada audiens yang tepat?
  3. Adakah hasil projek difahami dengan baik?
  4. Adakah maklumat yang diberikan benar?
  5. Adakah hasil projek itu bersifat autentik (dihasilkan sendiri)?
  6. Adakah hsil projek bersifat interaktif?
  7. Adakan hasil projek ini dihasilkan dengan kerjasama semua?

PENDOKUMENTASIAN

Mengumpul Dokumen

  • setiap projek ilmiah mestilah di rancang dengan teliti supaya perjalanan aktiviti dapat dilaksanakan dengan jayanya.
  • Setiap aktiviti projek mestilah mengikut frasa yang ditetapkan, iaitu;


  • Sebelum pendokumentasian dilakukan ,setiap dokumen dari awal hingga akhir projek mestilah dikumpulkan.

Tidak semua dokumen tersebut di perlukan dalam setiap projek ilmiah .Kumpulkan dokumen berkaitan dengan projek ilmiah yang telah dijalankan sahaja.Dokumen berkaitan mestilah disusun atur mengikut kronologi perjalanan projek ilmiah yang dijalankan.


MENULIS LAPORAN

Ketiga-tiga bahagian tersebut mesti disusun dengan kemas dan di beri nombor halaman mengikut turutan .

BAHAGIAN 1 : PENDAHULUAN / PRELIMINARI

Permulaan terdiri daripada beberapa komponen iaitu:

  • Tajuk penuh projek (di bahagian tengah halaman)
  • Tempat projek dijalankan *(di bahagian bawah halaman)
  • Mengandungi penyata ringkas perakuan dan kod kursus
  • Nama dan no.matrik pelajar
  • Mengandungi semua penghargaan kepada semua pihak yang membantu dalam me


Bab 1: Pengenalan


  • Mestilah mencakupi latar belakang projek ilmiah iaitu maklumat asas.
  • Mencakupi tinjauan keseluruhan mengenai projek ilmiah iaitu aspek bidang pengkhususan dan peranan ahli kumpulan.


Bab 2: penerangan mengenai projek


  • Pengenalan

    - Masalah, objektif,skop dan kepetingan

  • Metodologi

    - Kaedah penyelidikan dan bahan atau instrument yang digunakan

  • Keputusan dan analisis data

    - Dibentangkaitkan dalam bentuk rajah, jadual dan sebagainya.

  • Perbincangan

    - hepotesis awal

  • Ringkasan dan kesimpulan

    -Menyimpulkan hasil penyelidikan yang diporoleh

  • Cadangan

    - Bersesuain dengan kajian


Bab 3: Pengalaman keseluruhan


  • Melaporkan aktiviti yang selain aktiviti utama.
  • Melaporkan masalah atau kekangan yang dihadapi sepajang menjalankan aktiviti.


Bab 4: Kesimpulan


  • Rumusan dari kesemua bab yang jelas dan padat.


9.2.2.3 Bahagian III: Tambahan/ suplementari (Rujukan/Bibliografi dan Lampiran)


  • Penyediaan senarai rujukan atau bibliografi dan lampiran


  • Rujukan/bibliografi

    -mengikut format dan gaya

  • lampiran

    -Diletakkan selepas rujukan

    -Cetak no. muka surat


9.2.3 Menerbtkan bahan projek ilmiah

  • Bermula dengan penyuntingan.
  • Mempunyai ruang untuk reka leta


9.2.3.1 Format dan reka letak


  • memerlukam reka letal yang berasingan
    • Tajuk karangan, ilustrasi dan nombor halangan
    • bilangan lajur
    • Panjang baris
    • lebar baris
    • lebar birai
    • penekanan kandungan


9.2.3.2 Tajuk Laporan


- Tajuk arangan utama : subjek keseluruhan

- Tajuk kecil:memperkenal tajuk subjek

- Selaras dan selari dalam struktur

- Ringkas dan jelas


9.2.3.3 Lajur


  • Format dua lajur : surat khabar dan majalah
  • Tiga lajur : pada yertas 81/2 x 11 inci


9.2.3.4 Illustrasi

- Dalam bentuk gambar rajah, gambar foto, kartun, carta atau graf

- Mengukuhkan daya ingatan pembaca


9.2.3.5 Warna

-Penggunaan warna selain hitam boleh menjadi penting untuk menjadikan unsur atau menarik perhatian


9.2.3.6 Menjilid

- Meletakkan semua helaian dalam semua penjilid

- Semua halaman bersama jalur plastic

- Menjahit/gam dan menutup dengan kain jilid


9.2.4 Memindahkan dalam bentuk CD

-CD-ROM ; cakera padat, dapat menyimpan data yang boleh dibaca computer

- CD-ROM boleh merekod data ke dalam melalui tekologi laser.


9.2.4.1 Penyimpanan data

- Rewritable

- Recordable

-pemacu cekera padat ; CD-ROM, CD-R, CD-RW.




9.2.5 Merekod


9.2.5.1 Kepentingan merekod

  • sebagai bahan sejarah
  • sebagai bahan bukti
  • sebagai rujukan
  • sebagai bahan penyelidikan / kajian


9.2.5.2 Kaedah mengurus rekod

  • Memelihara semua rekod yang kekal
  • Memisah, memidahkan dan menghapuskan semua rekod tidak berguna
  • Mengadakan jadual untuk menunjukkan tempoh penggunaan rekod
  • Adakan satu buku peraturan sistem penyimpanan


9.2.5.3 Memelihara rekod

  • simpanan rekod
  • terhindar daripada bahaya banjir dan bahang matahari
  • jauh dari musuh rekod
  • bilis simpanan rekod dibersihkan
  • cahaya matahari secara terus
  • Rekod-rekod patut disimpan atas rak-rak
  • rekod basah akan dianginkan atau dikeringkan
  • rekod koyak diperbaiki
  • menyediakan pemadam api dalam bilik simpanan
  • bilik rekod tidak boleh dijadikan tempat sebaragan.


  1. PENUTUP
  • Pelajar mesti melaksanakan sesuatu projek ilmiah dengan membuat pelan tindakan atau perancangan secara teliti terlebih dahulu.
  • Persediaan diri dari segi mental dan fizikal amat dititikberatkan bagi menjayakan projek ilmiah tersebut.
  • Kerjasama setiap ahli kumpulan amatlah penting bagi menjana proses pelaksanaan projek supaya berkesan.
  • Penilaian projek ilmiah merangkumi proses menghasilkan projek dan persembahan projek ilmiah.
  • Pendokumentasian projek juga akan diberi penilaian.

Setiap pelajar perlu memahami setiap fasa perlaksanaan projek ilmiah yang bermula dari peringkat perancangan, proses pelaksanaan, persembahan, dan pendokumentasian projek.

No comments: