Wednesday, September 24, 2008

Topik 3-1


 


 


 


 

TOPIK 3 : MENGAKSES DAN MEMPROSES MAKLUMAT


 

3.0 Pengenalan


 

  • Maklumat boleh di takrifkan sebagai satu set ujaran dalam bentuk lisan atau penulisan.
  • Maklumat atau set ujaran tersebut dalam bentuk pemberitahuan,didengar,ditemuidengan sengaja,melalui edaran,penaerimaan,pemerolehan,pencarian,dapatan hasil pengumpulan data dan pendokumentasian.
  • Pada peringkat permulaan setiap data maklumat ditemui bersifat mentah dan sekiranya tidak diolah dan diproses ianya akan menjadi maklumat yang berharga.


 


 

3.1 jenis kemahiran maklumat


 

  • Pendidikan terdapat tiga kemahiran utama berkaitan dengan maklumat.
  • Kemahiran mendapat atau mengakses maklumat,kemahiran memeproses maklumat dan kemahiran menyampaikan maklumat.
  • Semua kemahiran berkenan perlu dikuasai oleh setiap pelajar agar dapt menokok tambah dan memperbaiki maklumat yang sedia ada.
  • Kemahiran yang dinyatakan berkait rapat dengan beberapa kemahiran seperti :

    
 


 


 

    
 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

3.1.1 Definisi mengakses maklumat


 

  • Suatu usaha yang di lakukan oleh setiap individu untuk mendapatkan maklumat bagi keperluan tertentu.
  • Mengakses maklumat menggunakan kecanggihan computer.
  • Computer yang yang berupaya menerima kemasukan, menyimpan, menyaring, dan menyampaikan maklumat.
  • Setaip maklumat yang mmempunyai data yang banyak denagan mudah dikesan dan diakses oleh pengguna melalui perpustakaan digital atau perpustakaan maya.
  • Selain bentuk digital boleh diperolehi melalui pembacaan daripada buku,brosur,artikal terbitan berkala dan lain-lain.
  • Buku yang di tulis boleh diakses maklumat melalui computer.


 


 


 

3.1.2 Definisi memproses maklumat


 

  • Suatu tatacara menangani maklumat untuk tujuan tertentu percarinya.
  • Terdapat tiga cara maklumat diperolehi iaitu melalui pembacaan tradisional, melalui pendengaran, melalui interaksi bersepadu penglihatan,pendegaraan dan pmbacaan (berkomputer).
  • Bersifat interaktn membentuk satu lingkaran proses.
  • Ini bermakna proses ini sentiasa bergerak dari satu langkah ke satu langkah yang lain sehingga maklumat yang diperolehi dapat di fahami, ditafsirkan,dinilai dan digunakan sebaik mungkin.
  • Melibatkan kemahiran berfikir seperti kemahiran berfikir menginterpretasi, menganalisis, mensisntesis, dan manilai.
  • Memproses maklumat boleh di jelaskan seperti berikut:


 


 


 


 


 


 


 

  • Maklumat yang diperolehi juga tidak mungkin dapat diproses dengan baik jika individu yang berkenaan tidak menguasai beberapa kemahiran penting.
  • Enam kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap individu,antaranya ailah :
    • Mendefinisikan sebenarnya keperluan maklumat
    • Mengetahui sebenar kedudukan sumber maklumat
    • Memilih maklumat yang releven
    • Memproses dan mengorganisasi maklumat yang telah dipilih
    • Berkongsi maklumat
    • Menilai maklumat


 

3.1.3 Definisi menyampaikan maklumat


 

  • Pemahaman terhadap apa itu maklumat, menaksese maklumat,memproses maklumat semata-sama bertujuan untuk bertujuan menyampaikan atau menyebarkan maklumat.
  • Setiap maklumat atau input berkaitan dengan nilai akan diproses mengikut keperluan yang telah di tetapkan.
  • Pengertian menyampaikan maklumat sebenarnya berkait rapat dengan bagaimana maklumat itu disebarkan.
  • Terdapat dua cara iaitu secara lisan atau tulisan.
  • Bentuk lisan maklumat perlu diorganisasikan atau dirancang dengan teliti penyampaianya.
  • Memerlukan fakta yang jelas serta konsisten.
  • Sokongan bahan audio dan video seperti seperti pancaran LCD melalui penggunaan computer boleh menjelaskan setiap fakta yang disampaikan secara lisan.
  • Bentuk penulisan maklumat boleh disampaikan dalam bentuk penulisan laporan, penyedian kertas kerja, kertas seminar dan lain-lain.
  • Memerlukan kerelevenan dan kesahihan setiap fakta


 


 

  • Tujuan penulisan dalam bentuk penulisan:
    • Mengenal pasti masalah atau sesuatu isu
    • Memberikan maklumat dan fakta yang releven
    • Memberi cadangan terhadap sesuatu penyelesaian masalah
    • Memberi cadangan ujaran dan tindakan
    • Membuat kesimpulan
  • Tujuan diatas adalah berdasarkan maklumat yang tepat dan melibatkan percarian dan pemprosesan maklumat.
  • Maklumat perlu diperincikan dengan kesahihan bahan bukti.
  • Penulisan maklumat laporan dilakukan mengikut prosedur atau tatacara yang di tetepkan.


 

3.2 Jenis-jenis maklumat


 

  • Memudahkan pencarian maklumat atau mengakses maklumat.
  • Dua kategori jenis maklumat utama iaitu maklumat berdasarkan bahan bercetak dan digital.i


     


 


 


 

3.2.1 Bahan maklumat bercetak


 

Bahan maklumat jenis buku dan risalah


 

  • Dihasilkan melalui cetakan huruf-huruf menggunakan dakwat di atas kertas.
  • Buklu ialah jenis bahan bercetak mempunyai tajuk, judul, tarikh penerbitan, nama pengaran dan penerbitan yang dijilidkan dalam kulit keras atau biasa.
  • Kandungan buku disusun mengikut bab.
  • Belakang buku dipapar indeks dan golosori membantu memahami istilah dan percarian perkataan atu sesuatu maksud teks.
  • Bahan maklumat bersiri dihasilkan setiap hari atau setiap seminggu sekali dan sebagainya.
  • Seperti surat khabar, majalah, jurnal, prosiding, monograf bersiri, laporan tahunan dan sebagainya.
  • Mempunyai bilangan penerbitan yang dicatat untuk memudahkan percarian semula.


 


 

Bahan maklumat manuskrip


 

  • Kebiasaan disimpan di arkid atau museum.
  • Mempunyai nilai sejarah yang amat tinggi
  • Bayak di tulis denagan tangan dan dalam tulisan jawi
  • Menyusur galur tentang kebangkitan dan sejarah penubuhan atau pembentukan sesebuah negara
  • Mengungkap pelbagai corak kehidupan masyarakat terdahulu
  • Bahan manuskrip ialah bahan karya yang ditulis oleh penulis untuk dicetak dan diterbitkan dalam bentuk buku.


 


 

Bahan bercetak jenis dokumen


 

  • Bahan bercetak yang diterbitkan dalam bentuk buku, bahan bersiri, atau dalam bentuk lain yang diterbitkan oleh kerajaan dan agensi kerajaan.
  • Setiap dokumen yang diterbitkan mempunyai kesahihan fakta serta kerelevenan maklumat yang jitu serta berwibawa


 

Bahan bercetak jenis bahan arkid


 

  • jenis bahan maklumat koleksi sejarah yang mempunyai sejarah yang amat tinggi.
  • Banyak terdapat di Jabatan Arkid Negara.
  • Dalam bentuk dokumen, buku risalah, dan lain-lain dibaik pulih serta dipelihara sebagai bahan khazanah negara


 

Bahan maklumat jenis kartografi


 

  • Bahan bercetak yang menunjukan sebahagian atau keseluruhan bumi dan cekeawala.
  • Dipaparkan dalam bentuk peta ,gelob, ataupun cart


 

Bahan bercetak jenis alamanak


 

  • bahan bercetak yang berbentuk kelendar tahunan tyang terkandung dalam senarai hari bulan dan maklumat lain seperti waktu terbit matahari, air pasang surut, peredaran bulan dan sebagainya
  • berbentuk penanggalan (daftar hari bulan) dan karangan-karangan yang perlu di ketahui umum.


 


 


 


 

Bahan bercetak jenis grafik


 

  • bahan yang dipersembahkan bukan sahaja dalam bentuk tulisan tetapi juga terkandung carta, graf,gambar dan lain-lain
  • lebih dikenali sebagai bahan dua dimensi


 

Bahan bercetak ensaikelopedia


 

  • jenis bahan bercetak bentuk buku yang pada biasanya diterbitkan secara berjilid
  • Memudahkan pengguna mencari maklumat sesuatu perkara berdasarkan abjad yang disusun bermula huruf A hingga Z


 

Bahan bercetak tesaurus


 

  • Mengandungi senarai kata seerti dan kata yang berkaitan maknanya yang disusun mengikut sistem atau olahan tertentu
  • Contoh : Abdullah Hasan dan Ainon Mohd. (2002).Tesaurus bahasa melayu


 

Bahan bercetak jenus glosori


 

  • Buku yang mengandungi senarai istilah beserta takrif yang disusun menurut abjad khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan
  • Contoh : Ismail Dahaman et.al (Pysn).(1997).Glosori dialek Kedah.Kuala Lumpu:Dewan Pustaka dan Bahasa.


 


 


 


 


 


 


 

3.2.2 Bahan digital


 

Bahan audio


 

  • Bahan rakaman yang boleh didengar oleh pengguna
  • Semua maklumat dirakam dan disimpan dalam bentuk pita rakaman, CD atau dalam simpanan memori computer
  • Boleh diguna berulang kali
  • Mendapat maklumat awal bagi memudahkan mengakses maklumat yang dikehendaki
  • Dalam bentuk digital senang digunakan kerana proses percarian adalah berdasarkan bahagian yang di penggalkan
  • Bahan elektronik dan memerlukan sokongan alatan untuk mendengar samada komputer, pemain kaset atau pemain CD


 

Bahan visual


 

  • Bahan dalam bentuk tayangan
  • Dalam bentuk CD, filem, slaid, gambar kaku, kaset dan lain-lain
  • Disimpan di tempat khas mengikut judul serta siri
  • Sinopsis disediakan
  • Memerlukan alat sokongan yang khas untuk memaparkan bahan visual


 

Bahan bentuk mikro


 

  • Dihasilkan dalam bentuk mikro iaitu teks, gambar foto atau grafik yang dirakam semula dalam bentuk gambar foto bersaiz kecil
  • Fail dokumen yang melebihi jangkamasa yang ditetapkan dirakam semula dalam bentuk mikro sebelum dimusnahkan
  • Dilihat dengan menggunakan alat pembesar khas
  • Bahan mikro terdiri filem mikro, mikroflis, ultrafis dan bahan gerafik yang dihasilkan semula


 

Bahan CD-ROM


 

  • Bahan atau data apa sahaja sumber sama ada yang statik atau bergerak (animasi) yang disimpan ataudihasilkan dalam disket
  • Penggunaan komputer amat penting bagi mengakses maklumat yang terdapat dalam CD-ROM


 

Bahan E-jurnal


 

  • Bahan bercetak disimpan dalam sebuah server dan ia boleh dipaut atau di muat turun berdasarkan kepada sifat lalaian komputer
  • Hasil penyelidikan dan penulisan ynag berbentuk akademik dimuat turun dalam jurnal untuk dikongsi
  • E-jurnal mudah di akses secara mudah dan sifat lalaian yang membenarkan secara rawak
  • Sama ada menggynakan kod judul, tajuk, pengarang ataupun bidang


 

Bahan E-buku


 

  • Bahan bercetak yang di paparkan secara maya melalui perantaraan skrin komputer
  • Seperti sebuah buku bercetak dan berjilid
  • Cuma berbeza ia disimpan dalam pangkalan data serve
  • Ianya bersifat interaktif dan sedia membantu pengguna yang memelukan bantuan dalam memahami atau pencarian maklumat


 


 


 


 

Bahan data


 

  • Bahan yang boleh diakses oleh pengguna melalui komputer
  • Pada dsarnya ialah bahan maklumat yang disusun, disimpan dan dilalaikan pengguna supaya setiap data dipaut oleh pengguna denagan pelbgai cara
  • Pengguna hanya pelu menaip kata yang perlu dianalisis serta akan menyusun serta memaparkan setiap kata dalam kedudukan ayat


 

Bahan sumber internet


 

  • Salah satu bahan daripada sumber maklumat yang berbentuk digital
  • Perantaraan yang membolehkan berinteraksi antara satu dengan yang lain
  • Membolehkan percarian melalui komputer dilaksanakan termasuklah pemaparan laman web


 

Bahan filem slaid


 

  • Bahan sumbr maklumat yang di rakam secara positif melalui kamera dan boleh di pancarkan semula dengan menggunakan projektod slaid
  • Berupaya merakam dan memaparkan bahan rakaman dalam bentuk amat berkualiti


 

Filem jalur


 

  • Bahan sumber maklumat yang banyak digunakan di akademik ketenteraan
  • Doktrain atau pelajaran yang berkaitan dengan muslihat peperangan terutama dalam perang dunai kedua dalam filem jalur
  • Dalam bentuk warna ataupun hitam putih dan disampaikan secara bersuara atau
  • tidak bersuara


 


 

3.3 Kaedah pencarian maklumat


 

  • Boleh di kategorikan kepada dua kaedah iaitu kaedah pencarian maklumat atau carian cara pepustakaan dan lapangan
  • Kaedah pepustakakan melalui pembacaan maklumat melalui bahan bercetak seperti buku, manuskrip, bahan digital dan sebagainya
  • Kedua kaedah tersebut memerlukan pemahaman mengenai prinsip carian iaitujenis maklumat , kandungan maklumat, tujuan maklumat dan cara maklumat


 

Kaedah pepustakaan


 

  • Kaedah yang di gunakan untuk membuat pencarian melalui bahan bercetak seperti buku, minograf, manuskrip, bahan digital dan sebagainya
  • Perlu memahami cara pencarian
  • Pencarian boleh dilakukan secara manual ataupun secara digital iaitu melalui komputer
  • Memahami judul carian, pengarang dan tajuk
  • Dilakukan untuk pencarianbahan lain yang berbentuk visual dan audio yang tersimpan dalam pepustakaan


 

3.3.2 Kaedah lapangan


 

  • Kaedah pencarian yang dilakukan melalui gerak kerja atau aktiviti luar
  • Boleh mendapat maklumat melalui lawatan ke tempat-tempat penting yang bersejarah
  • Selain itu maklumat dapat diperolehi melalui temu ramah
  • Temu ramah yang berstruktur serta berofjektif memberi kesan serta menjawab persoalan
  • Setiap penyelidikan pencarian maklumat perlulah menyediakan suatu karangka kerja atau maklumat agar ianya memberi ma


 

3.4 MEMAHAMI KEPERLUAN MAKLUMAT


 

  • Menurut Idris Mohd Radzi (2004),antara panduan ketika menjalankan aktiviti mendefinisi maklumat ialah;
  • Membaca soalan tugasan dengan teliti
  • Menggaris kata kunci dari soalan tugasan
  • Gunakan teknik 4W 1H(what,when,where,who,how) untuk menjelas dan mencari maklumat.


     


     


 

    


 

3.5 MENGAKSES MAKLUMAT


 

3.5.1 STRATEGI MERUJUK DI PERPUSTAKAAN


 

  • Pelbagai sumber rujukan boleh dicari melalui Online Public Access Catalogue (WebOPAC).
  • Contohnya UPSI-WebOPAC PUSTAKA, UM-Pendeta WebOPAC. Fungsi utamanya ialah member kemudahan tentang bahan rujukan seperti nama penulis dan lokasi bahan tersebut berada.
  • Paparan menu utama WebOPAC PUSTAKA akan menunjukkan enjin carian menggunakan title, author, subject, publication, series dan call number.

Pencarian pengarang


 

  • Semasa pelajar menaip nama pengarang mereka mesti tahu tatacara menggunakan nama pengarang.

Peraturan Am Nama Individu


 

Nama Melayu    Taipkan

Dr. Imran Othman Imran Othman

Tan Sri Muhyiddin Yassin    Muhyiddin Yassin


 

Nama Cina    Taipkan

Tan Win Bin    Tan, W.B

Leonard Yong Mee Seng    Yong Leonard Mee Seng


 

Nama India dan Sikh    Taipkan

John Kuna Raj    Raj, John Kuna

Raja Mohan    Raja Mohan

Nama Barat    Taipkan

Anthony Giddens    Giddens,AnthonPaul A. Samuel    Samuel, Paul A


 

Pencarian Tajuk


 

  • Tajuk buku dicari dengan penggunaan kata kunci yang diperoleh daripada konsep yang terdapat dalam tugasan yang diberikan.
  • Setelah menemuinya,kedudukan secara terperinci diperoleh dengan klik di tajuk buku atau nombor panggilan.Melalui webOPAC, semua bahan yang telah dicari boleh ditempah secara talian.


 

3.5.2 MENGGUNAKAN INTERNET


 

  • Internet secara umumnya merujuk kepada gabungan jaringan computer yang berkomunikasi menggunakan system pertuturan yang sama dikenali sebagai TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol).
  • Pencarian maklumat melalui internet boleh dibuat menggunakan pelbagai cara antaranya;


 

Pangkalan data atas talian (Online Database)


 

  • Pangkalan data atas talian ialah suatu pangkalan data milik suatu organisasi komersial ataupun bukan komersial yang diatas taliankan sehingga dapat diakses oleh masyarakat di luar organisasi tersebut.
  • Contoh-contoh pangkalan data atas talian;
    • Malay Concordance Project (http;//mcp.anu.edu.au/)
    • GaleNet (http;//galenet.gale.com)
    • Ovid (http;//www.ovid.com)

Pangkalan data atas talian yang dilanggan oleh Perpustakaan UPSI


 

  • Terdapat beberapa pilihan pengkalan data atas talian yang dilanggan oleh UPSI iaitu EBSCOT HOST, ProQuest, Emerald, Association for Computing Machinery (ACM), dan SpringerLink.

Pangkalan data lain


 

  • Pelajar boleh mengakses pangkalan data lain yang berbentuk percuma ataupun berbayar seperti ;
    • SCRIBD (http;//www.scribd.com)
    • Wikipedia (http;//en.wikipedia.org/wiki/Main_Page)


     

    Direktori atas talian


     

  • Direktori adalah suatu senarai atau catalog perkara yang disusun secara hirarki berdasarkan subjek-subjek tertentu.
  • Lazimnya ianya menyediakan maklumat dalam teks yang penuh berbanding direktori atas talian.
  • Contoh-contoh direktori atas talian ialah;
  • Yahoo (http;//www.yahoo.com)
  • Go.com (http;//go.com/)
  • Lycos (http;//www.lycos.com)


     

Enjin gelintar


 

  • Enjin gelintar adalah suatu kemudahan yang dapat digunakan untuk menuntukan lokasi di mana sesuatu maklumat berada di internet.
  • Terdapat dua jenis carian iaitu carian laman web, dan carian topik.


 

  1. KESALAHAN MAKLUMAT INTERNET
  • Para pelajar perlu melihat kriteria-kriteria berikut sebelum mengambil maklumat daripada internet.
  1. Autoriti

    -mengetahui siapa pengarang makalah atau laman web yang dilawati

    -mengetahui apa kelayakan pengarang tersebut

    -senarai dibawah boleh dijadikan panduan pembangun laman Web rasmi

    .com – Syarikat komersial

    .edu – Institusi pendidikan

    .gov – Organisasi Kerajaan

    .my – Malaysia


     

  2. Ketepatan

    -pastikan maklumat yang diberi jelas,tidak bersifat perkauman atau berbaur politik.


     

  3. Objektif

    -memastikan terdapat penerangan yang jelas tentang tujuan penyebaran maklumat


     

  4. Kekinian

    -pastikan bila maklumat ditulis

    -pastikan maklumat yang diambil tidak ketinggalan zaman atau terkini.


 

3.7 MEMPROSES MAKLUMAT


 

Memilih maklumat yang releven


 

  • Pelajar seelok-eloknya membaca dan mencatat(Idris Mohd Radzi, 2004: 150);

-Tajuk yang terdapat pada kulit sumber maklumat;

-isi kandungan;

-indeks;

-tajuk bab;

-ilstrasi dan jadual;

-kata kunci yang dihitamkan;

-tarikh sumber maklumat dicetak;

-tarikh akhir sumber tersebut dikemas kini (internet) atau diulang cetak (buku)


 

Ciri-ciri sumber maklumat


 

  • Ciri-ciri maklumat berbentuk fakta
  • Menyediakan maklumat ringkas,mudah difahami dan terus terang.
  • Contohnya ensiklopedia, kamus, tesaurus, almanac,buku tahunan, direktori, glosari, atlas, gazetir, dan indeks.


     


     

    • Ciri-ciri maklumat berbentuk analitikal
  • Menyediakan latar belakang, konteks dan penjelasan maklumat yang diperlukan.


     

    • Ciri-ciri maklumat primer
  • Mengemukakan dalam bentuk asal sama ada mempersembahkan peristiwa, proses, atau dapatan saintifik yang sebenar sesuatu penyelidikan.
  • Diperoleh daripada surat,diari,manuskrip,jurnal,surat khabar,artifak seperti bangunan dan sebagainya.


 

  • Ciri-ciri maklumat sekunder
  • Maklumat yang dinyatakan atau dijelaskan semula daripada sumber sebelumnya seperti artikel perundangan,laporan kajian tinjauan,jurnal dan hasil penulisan yang merujuk maklumat primer.


     

    • Ciri-ciri maklumat peringkat ketiga
  • Maklumat yang member panduan kepada pembaca daripada mana sesuatu sumber maklumat itu diperolehi seperti nota kaki,bibliografi dan senarai indeks.


 

Mengorganisasi maklumat yang dipilih


 

  • Maklumat yang terkumpul perlu disusun dengan sempurna supaya dapat diolah dengan baik semasa menyediakan tugasan yang diberikan.
  • Antara persoalan yang dikemukakan kepada diri sendiri sebagai panduan (Idris Mohd Radzi, 2004:150)

-adakah saya mempunyai maklumat yang mencukupi untuk menyiapkan tugasan ini?

-adakah saya perlu menggunakan kesemua maklumat yang telah saya peroleh?

-bagaimanakah cara menyatukan maklumat yang pelbagai ini untuk menjawab tugasan

saya?


 


 


 

Mempersembah maklumat


 

  • Maklumat yang terkumpul perlu dipersembahkan mengikut formal tertentu bergantung kepada kehendak tugasan yang diberikan.
  • Beberapa perkara penting seperti yang berikut(Idris Mohd Razi,2004; 152)

-siapakah pendengar atau pembaca maklumat ini nanti?

-apakah tujuan pendengar dan pembaca menggunakan maklumat ini?

-apakah cara terbaik mempersembahkan maklumat ni?


 

Menilai laporan maklumat


 

  • Maklumat yang telah lengkap dan dipersembahkan mengikut format yang ditetapkan dalam tugasan masih perlu dinilai.
  • Panduan berikut boleh diikuti semasa menilai (Idris Mohd Radzi, 2004;153)

-adakah maklumat yang telah diolah menepati tujuan tugasan?

-adakah kaedah penyampaian maklumat maklumat menarik dan berkesan?

-adakah sumber maklumat telah saya nyatakan dengan jelas?

No comments: